Beranda » Uncategorized » 14 Tarikan Memukau di Medan, Indonesia

Melancong Ke Medan Indonesia – Antara sebab besar yang membuatkan banyak warga Malaysia tertarik dengan Medan, Indonesia ialah tempat lawatan dan kedai Shopping yang murah.

Persinggahan pelancong ke negeri di Sumatera Utara ini membuatkan rasa kagum betapa walaupun terpisah jauh merentas Selat Melaka, taklah menjadi masaalah.

Tapi rupa-rupanya, Kota Medan menyimpan banyak lagi tarikan yang menarik. Kalau anda bercadang ke Medan, ada baiknya anda teroka dulu tarikan-tarikan yang ada di bumi Medan ini terlebih dahulu.

1. Istana Maimun

melancong ke medan

Istana lama zaman Kesultanan Deli berkuasa ini dibina pada zaman Sultan Deli Makmun Al Rashid Perkasa Alamsyah pada tahun 1888 lampau.

Merupakan salah satu tempat tumpuan para pelancong atau wisata Kota Medan disebabkan keunikan senibinanya. Lokasinya ada di Jalan Brigjen Katamso yang tak jauh dari Hotel Madani.

Istana megah berwarna kuning ni dibuka setiap hari dan bayaran masuk seorang ialah Rp 5000.00 atau lebih kurang dalam Rm 1.50.

Di luar bagunan istana ni jugak banyak gerai-gerai cenderamata yg menjual pelbagai jenis cenderamata dari keychain, t-shirt, dompet, ukiran kayu, fridge magnet, kain batik/pelikat, rehal, songket,songkok, ayat-ayat Al-Quran dan sebagainya.

2. Mesjid Raya Medan

Selepas lawatan ke Istana Maimun, sepelaung dari lamannya adalah terletaknya Masjid Raya Medan yang suatu ketika dahulu merupakan sebahagian daripada kompleks Istana Maimun.

Sedikit sejarah mengenai Masjid Raya Medan yang sempat diambil dan ditulis semula oleh tem Melancong ke Medan Indonesia dari laman web supaya tepat infonya;

Masjid Raya Al-Mashun ialah peninggalan Sultan Ma’moen Al Rasyid Perkasa Alam, penguasa ke 9 Kerajaan Melayu Deli yang memerintah pada thaun 1873 hingga1924.

Bangunan ini di bina pada tahun 1906 diatas tanah seluas 18,000 meter persegi, ianya mampu menampung seramai 1,500 jemaah dan mula digunakan untuk sembahyang Jumaat pada tanggal 10 September 1909 bersamaan dengan 25 Syaaban 1329 H.

Dengan gaya gabungan senibina antara Timur Tengah, India dan Eropah di abad 18 ianya kelihatan unik dengan gabungan bersegi lapan dan mempunyai 4 serambi utama pada setiap penjuru.

Bagi untuk memudahkan pergerakan masuk dan keluar jemaah sembahyang. Dibahagian dalamnya pula mempunyai 8 buah tiang utama sehingga ke kubah masjid serta dilengkapi dengan 2 menara dibahagian kiri dan kanan belakang masjid.

Tarikan Memukau Melancong ke Medan Indonesia Selanjutnya

 

# Bagikan informasi ini kepada teman atau kerabat Anda

Belum ada komentar

Silahkan tulis komentar Anda

Email Anda tidak akan dipublikasikan. Kolom yang bertanda bintang (*) wajib diisi.

Komentar Anda* Nama Anda* Email Anda* Website Anda

Kontak Kami

Apabila ada yang ditanyakan, silahkan hubungi kami melalui kontak di bawah ini.